Unbreakable Kimmy Schmidt
Unbreakable Kimmy Schmidt

Unbreakable Kimmy Schmidt


Unbreakable Kimmy Schmidt merupakan sebuah sitkom televisyen penstriman Amerika Syarikat yang dicipta oleh Tina Fey dan Robert Carlock, serta dibintangi oleh Ellie Kemper sebagai watak utama. Ia telah ditayangkan pada 6 Mac 2015 menerusi penstriman Netflix dan ditayangkan selama empat musim yang berakhir pada 25 Januari 2019. Khas interaktif pula telah ditayangkan pada 12 Mei 2020.Siri ini mengenai Kimmy Schmidt (Kemper) berusia 29 yang cuba menyesuaikan diri setelah diselamatkan daripada sindiket pemujaan kiamat di bandar fiksyen Durnsville, Indiana. Dia dan tiga wanita lain telah ditawan oleh Pendeta Richard Wayne Gary Wayne (Jon Hamm ) selama 15 tahun. Kimmy bertekad untuk tidak dilihat sebagai mangsa. Berbekalkan atitutud yang posiitif, Kimmy memutuskan untuk memulakan semula hidupnya dengan berpindah ke New York City, di mana dia dengan cepat berkawan dengan tuan rumah Lillian Kaushtupper ( Carol Kane ), rakan serumahnya bernama Titus Andromedon ( Tituss Burgess ), dan mendapat pekerjaan sebagai pengasuh untuk sosialit Jacqueline Voorhees( Jane Krakowski ).Sepanjang tayangannya, siri ini menerima pujian kritis, dengan pengkritik Scott Meslow memanggilnya "sitkom hebat pertama era penstriman". Ia menerima sejumlah dua puluh pencalonan Anugerah Primetime Emmy, termasuk empat pencalonan untuk Siri Komedi Cemerlang dan satu pencalonan untuk Filem Televisyen Cemerlang untuk istimewa 2020: Kimmy vs. the Reverend . [1]

Unbreakable Kimmy Schmidt

Bahasa Inggeris
Penggubah Jeff Richmond
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran NBCUniversal Television Distribution
Penerbit eksekutif
Lagu pembukaan "Unbreakable" oleh Jeff Richmond
Penerbit
Pemasangan kamera Single-camera
Format gambar 1080p (16:9 HDTV) (season 1)
4K (16:9 Ultra HD) (seasons 2–4)
Format audio Dolby Digital 5.1 dengan trek Descriptive Video Service track
Syarikat penerbitan
Tempoh siaran 22–53 minit
Pencipta
Siaran asal Mac 6, 2015 (2015-03-06) – 25 Januari 2019 (2019-01-25)
Interactive special:
May 12, 2020
Bilangan episod 52
Penyunting Ken Eluto
Dibintangi oleh
Genre Sitkom
Bilangan musim 4
Saluran asal Netflix